awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai

Bernama
Bernama
15/06/2017
23:00 MYT
Bayi bertali pusat ditinggalkan dalam beg pakaian di hadapan kedai
bayi perempuan itu ditemukan oleh seorang Inspektor Kesihatan kira-kira pukul 8 pagi di hadapan bangunan kedai tersebut yang juga berhampiran Klinik Kesihatan 1Malaysia Pasir Pekan. - Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah beg pakaian di hadapan sebuah bangunan kedai berdekatan Taman Seri Kota, Pasir Pekan di sini, awal Khamis.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip berkata bayi perempuan itu ditemukan oleh seorang Inspektor Kesihatan kira-kira pukul 8 pagi di hadapan bangunan kedai tersebut yang juga berhampiran Klinik Kesihatan 1Malaysia Pasir Pekan.
"Ketika ditemukan bayi perempuan itu menangis dan didengari lelaki berusia 25 tahun yang tinggal berdekatan bangunan kedai tersebut. Ketika itu lelaki berkenaan sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya," katanya ketika dihubungi, di sini.
Zaharudin berkata lelaki tersebut memaklumkan penemuan bayi itu kepada kakaknya sebelum laporan polis dibuat.
Beliau berkata, bayi terbabit kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan 1Malaysia sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Katanya bayi perempuan itu kini dilaporkan dalam keadaan sihat dan ditempatkan di hospital terbabit untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Sementara itu, Faizan Rohban, 25, yang menemui bayi terbabit berasa terkejut kerana pertama kali berdepan situasi sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi perempuan
#Klinik Kesihatan 1Malaysia Pasir Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan