Bayi lelaki berusia tiga bulan yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali pada Selasa dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.
Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.
BACA: Bayi tiga bulan dilarikan dari rumah pengasuh
Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
"Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
"Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," kata Ali.
Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun manakala mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Astro Awani
Tue Jul 03 2018
Mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin itu disumbat dalam beg berwarna hijau. -Facebook SuFie Naeif
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Hukuman penjara 6 tahun ke atas pengasuh Adam Rayqal kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif.
Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.
"Saya pernah hilang anak, giliran saya pula bantu"- Sumbangan Bazli UNIC buat bapa Adam Rayqal
Simpati dengan nasib keluarga Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati, penyanyi kumpulan UNIC, Bazli telah membantu mengutip derma buat ibu bapa bayi tersebut.
Taska di tempat kerja bukan bebanan untuk majikan
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian tragis adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Meruntun hati! Netizen sayu lihat tangisan ibu Adam Rayqal
Beberapa potongan video yang memaparkan tangisan ibu kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi meruntun hati netizen.
Kes Adam Rayqal: Selebriti turut berkongsi kesedihan
Antara selebriti yang turut berkongsi luahan hati mereka mengenai kes Adam Rayqal ini ialah Farahdhiya, Fizo Omar, Lisa Surihani dan Wany Hasrita.
'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
Mohd Sufi turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dengan tidak menularkan gambar yang tidak sepatutnya berkaitan arwah anaknya.
Kes kematian Adam Rayqal perlu dikendalikan secara adil - Wan Azizah
Kes kematian bayi Adam Rayqal itu perlu dikendalikan secara adil bagi semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu.
Pelesenan pusat asuhan perlu dilihat semula - MB Selangor
Aspek pelesenan dan pendaftaran terhadap pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh yang menerima upah menjaga kanak-kanak di kediaman sendiri di Selangor perlu dikaji semula.
Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala