awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
06:15 MYT
Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa diberi susu di rumah pengasuh di Putrajaya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, di sini, disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihak hospital telah bergegas ke rumah pengasuh mangsa kira-kira jam 10.30 pagi pada Selasa untuk bantuan rawatan awal.
Menurutnya, berdasarkan keterangan pengasuh wanita berumur 52 tahun itu, kejadian berlaku ketika mangsa diberi susu dengan posisi yang betul di mana posisi badan mangsa diletakkan dalam keadaan 45 darjah.
"Mangsa didapati tersedak sebelum pengasuh itu menepuk dan menggosok belakang mangsa.
"Mangsa bagaimanapun didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pengasuhnya itu menghubungi ibu bapa mangsa serta ambulans sementara diberi bantuan pernafasan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, pihak hospital yang tiba turut memberi bantuan pernafasan sebelum bayi yang tidak sedarkan diri itu dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Tambahnya, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3 petang, pada Rabu.
"Siasatan awal polis mendapati pengasuh terbabit menjaga empat bayi dan kanak-kanak berumur lingkungan empat bulan sehingga tiga tahun termasuk mangsa.
"Semakan dijalankan mendapati pengasuh terbabit tidak mempunyai lesen serta sijil yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Kata beliau, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasi bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 6 (1) Akta Taman Asuhan 1984. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi maut
#tersedak susu
#pengasuh
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan