awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/08/2022
02:50 MYT
Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 petang, Khamis. - Gambar hiasan
AMPANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai sesak nafas ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang Jaya, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bayi tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.35 petang.
Menurut Mohamad Farouk, seorang pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang, di sini, menerima mangsa yang dibawa dari sebuah klinik di Pandan Indah, di sini, menaiki ambulans kira-kira jam 6.30 petang.
"Menurut doktor terbabit, mangsa gagal diselamatkan meskipun bantuan kecemasan diberikan.
"Pemeriksaan juga menunjukkan mangsa sudah lama meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Mohamad Farouk memaklumkan, bedah siasat dijalankan di hospital berkenaan bagi mengesan punca kejadian.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis menahan pengasuh warga Indonesia berusia 26 tahun itu di Hospital Ampang ketika membawa mangsa bagi mendapatkan rawatan.
"Berdasarkan keterangan, suspek memaklumkan bayi tersebut dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada di muka mangsa," ujarnya.
Pemeriksaaan ke atas suspek mendapati wanita itu tidak mempunyai rekod lampau jenayah mahupun dadah.
Bayi itu dihantar kepada pengasuh terbabit sejak Jun lalu dan ketika kejadian kedua ibu dan bapa mangsa sedang bekerja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana berlaku penganiayaan, pengabaian, pembuangan, atau pendedahan kanak-kanak.
Sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#bayi meninggal dunia
#rumah pengasuh
#sesak nafas
#Taman Cempaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan