awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi maut, ibu parah dalam nahas di Dungun

Bernama
Bernama
23/07/2015
23:33 MYT
Bayi maut, ibu parah dalam nahas di Dungun
Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di LPT2. -Gambar fail
Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Bukit Besi di sini petang Khamis.
Bayi itu Adam Rizqi Zul Azlan cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kemalangan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu sementara ibunya Siti Hajar Md Aziz, 28, cedera parah di kepala dan muka.
Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Anak perempuannya Nurhadamia, 2 tahun dan suaminya Zul Azlan Yaakub, 30, turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Dungun.
Jurucakap polis berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta keluarga berkenaan yang datang dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu dilapor terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.
Mereka berasal dari Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Topic Berkaitan
#Adam Rizqi Zul Azlan
#bayi lelaki
#Bukit Besi
#kemalangan
#LPT2
#Siti Hajar Md Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan