Skip to main content

Malaysia

Bayi maut, polis tahan dua pekerja wanita pusat jagaan

GEORGE TOWN, 11 Ogos -- Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Azizee Ismail menerima tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Azizee berkata kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan mayat bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. - Gambar fail/Bernama

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua wanita yang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan mayat bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Advertisement

"Dua suspek wanita itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 4 pagi selepas dihantar ke pusat jagaan berkenaan pada malam sebelumnya kerana ibunya seorang jururawat berusia 30 tahun, bertugas syif malam.

Difahamkan doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama kira-kira sejam, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Pusat jagaan berkenaan beroperasi 24 jam sehari, dipantau penyelia dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

-- BERNAMA

Must Watch Video