awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditemui dibuang dalam tong sampah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/07/2020
10:33 MYT
Bayi perempuan ditemui dibuang dalam tong sampah
Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -Ihsan pembaca
Seorang bayi perempuan yang masih hidup dijumpai di dalam tong sampah di Pasar Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus malam Rabu.
Bayi baru lahir yang masih bertali pusat itu ditemui penduduk kampung sekitar jam 10.30 malam.
Menurut seorang peniaga, Nazri Abd Manaf, 48, kejadian itu disedari ketika dia mahu menutup kedai runcitnya.
"Saya terkejut selepas melihat ramai orang berkumpul di kawasan berhampiran kedai dan pada mulanya menyangkakan ada kes tangkapan dadah.
"Saya kemudian dimaklumkan ada orang menemui bayi yang masih hidup," katanya di sini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
"Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan ketika ditemui tali pusat juga telah dipotong," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bayi
#bayi perempuan
#Dadah
#ditemui
#Hospital
#Kuala Terengganu
#peniaga
#polis
#terenganu
#tong sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan