awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditinggalkan dalam bakul pakaian

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/02/2022
09:03 MYT
Bayi perempuan ditinggalkan dalam bakul pakaian
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di kaki lima berhampiran sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam pada pagi Jumaat. - Foto ihsan PDRM
MELAKA TENGAH: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di kaki lima berhampiran sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini pada pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan cukup sifat berkenaan ditemui oleh seorang wanita yang sedang mengutip tin di kawasan berhampiran selepas terdengar suara tangisan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, bayi yang masih bernyawa dan dibalut dengan kain batik itu ditemui di dalam bakul pakaian yang diletakkan di tepi tembok batu di hadapan sebuah restoran.
“Wanita berusia 51 tahun yang sedang mengutip tin di kawasan itu dikatakan terdengar suara tangisan bayi sebelum menemui bayi perempuan yang masih beruri dengan kesan darah yang mana kita percaya bayi itu baru dilahirkan.
“Wanita itu terus pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan bantuan sebelum bayi berkenaan dibawa ke Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut jelasnya, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan cukup sifat tanpa sebarang kesan luka mahupun gigitan haiwan berbisa.
Katanya, bayi perempuan itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang diberikan rawatan susulan.
“Bayi itu buat masa ini stabil dan setakat ini satu kertas siasatan telah pun dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka,” tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#bayi perempuan
#bakul pakaian
#Taman Mutiara
#Batu Berendam
#Bayi ditinggalkan
#buang bayi
#Polis Daerah Melaka Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan