awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditinggalkan di sofa depan kedai makan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2022
03:00 MYT
Bayi perempuan ditinggalkan di sofa depan kedai makan
Bayi perempuan yang ditemui ditinggalkan di atas sofa di Taman Bahtera, Ulu Bernam pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Seorang peniaga menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan Taman Bahtera, Ulu Bernam di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun memaklumkan menemui bayi itu pada jam 9.30 pagi.
"Hasil siasatan polis mendapati bayi itu masih hidup dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan bertugas mendapati bayi tersebut dalam keadaan sihat serta tiada kesan luka atau kesan gigitan binatang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Arsad berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bayi perempuan
#ditinggal atas sofa kedai makan
#Taman Bahtera
#hadapan kedai makan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan