awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi tujuh bulan maut akibat didera sejak sebulan lalu

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2025
08:20 MYT
Bayi tujuh bulan maut akibat didera sejak sebulan lalu
Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada seluruh badan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras di sini berpunca daripada penderaan dan penganiayaan berterusan sejak sebulan lalu.

Ringkasan AI
  • Kematian bayi perempuan tujuh bulan di Cheras berpunca daripada penderaan berterusan selama sebulan, dengan kecederaan pelbagai termasuk pada tengkorak.
  • Penderaan dipercayai berpunca daripada tekanan emosi ibu angkat mangsa yang tertekan kerana bayi sering menangis.
  • Pasangan penjaga kini direman sehingga 6 Ogos bagi siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, selepas kejadian terbongkar pada 30 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada seluruh badan.
"Bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada seluruh badan dan termasuk pada tengkoraknya.
"Kematian berpunca daripada penderaan dan penganiayaan yang berlaku secara berterusan sejak sebulan yang lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, siasatan awal turut mendapati penderaan dipercayai berpunca daripada tekanan emosi dialami ibu angkat mangsa.
“Motif kejadian dipercayai kerana mangsa sering menangis, menyebabkan ibu angkatnya berasa tertekan
“Semakan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai jurujual manakala isterinya tidak bekerja,” katanya.
Kejadian terbongkar selepas lelaki terbabit menghubungi polis kira-kira jam 9.34 malam pada 30 Julai lalu dan memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka.
Pasangan berkenaan kini direman selama tujuh hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes dera
#bayi maut
#Cheras
#Ibu angkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan