NATIONAL
Bazar Ramadan 'Kashless' pertama di Malaysia

Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin (dua, kiri) ketika merasmikan Touch 'n Go eWallet di Halaman Sempoi Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baharu. - BERNAMA
Bazar Ramadan Kampung Baru diberi suntikan inovasi apabila Touch ‘n Go eWallet atau dompet elektronik diaktifkan di setiap sudut.
Pengunjung Bazar Ramadan ‘Kashless’ ini kini hanya perlu mengimbas kod QR peniaga apabila membeli juadah daripada 400 peniaga di bazar tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin berkata Kampung Baru menjadi lokasi pertama di Malaysia bagi Touch ‘n Go melaksanakan penggunaan eWallet ini.
“Kampung Baru, pada saya merupakan tempat yang terkenal dengan sejarahnya, serta dipenuhi pelbagai makanan tempatan dan sekarang saya ingin membawakan teknologi.
“Teknologi eWallet ini penting kerana ia dapat menjadikannya satu kelaziman dalam kehidupan seharian.
“Anak-anak muda boleh lepak di tempat ini dan boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat pembayaran,” kata Syahrunizam selepas majlis pelancaran Halaman Sempoi di Kelab Sultan Sulaiman pada Jumaat di mana para pengunjung bazar boleh berbuka puasa di lokasi itu.
“Jika kami dibayar dengan duit besar, ia sukar untuk kami dapatkan duit syiling.
“Kalau dibayar duit kecil, ia sesuatu yang bagus tetapi susah untuk kita untuk mengira.
“Oleh itu, eWallet mampu mempercepatkan dan memudahkan lagi urus niaga,” kata peniaga, Superiatni Zainal Abidin.
Para pengunjung yang menggunakan eWallet juga boleh mendapat jumlah pulangan wang sehingga RM1,000,000 menerusi inisiatif ‘Ketupat Runtuh’ dengan setiap pembelian di bazar itu.
Bazar ‘Kashless’ sokong #Zerofoodwastage, #sayno2plastic
Mengambil kira kesederhanaan sebagai tunjang pada bulan yang mulia ini, Bazar Ramadan ‘Kashless’ Kampung Bharu ini turut mengambil inisiatif untuk menerapkan sikap tidak membazirkan makanan dan menolak penggunaan plastik.

“Ia merupakan kali pertama bazar Ramadan yang menyokong inisiatif #ZeroFoodWastage pada setiap malam.
“Pasukan sukarelawan dari Kechara Soup Kitchen, kami pergi ke semua gerai yang berbeza dan peniaga gembira untuk memberi lebihan makanan kepada kami.
"Makanan itu diambil pada malam yang sama ke ‘soup kitchen’ yang mengagihkan makanan kepada gelandangan di Medan Tuanku dan Anjung Singgah.
“Lebihan makanan daripada malam tersebut kemudiannya diberikan kepada ratusan gelandangan,” kata Tengku Zatashah ketika ditemui pada majlis tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami