KUALA LUMPUR:Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan penutupan itu melibatkan Pusat Khidmat Hasil (PKH) Mersing di Johor yang ditutup sehingga Selasa dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Cawangan Kluang atau mana-mana cawangan berdekatan.
Selain itu, Cawangan Bangi, Menara A di Selangor ditutup Isnin sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian dan pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Satelit Cyberjaya dan PKH Hulu Langat sebagai alternatif.
Menurut kenyataan itu, PKH Kota Tinggi di Johor juga akan ditutup dalam tempoh yang sama dengan Cawangan Johor Bahru, PKH Pontian serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru sebagai alternatif kepada pelanggan.
Pada masa sama, Cawangan Temerloh di Pahang turut ditutup dalam tempoh yang sama dan sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di PKH Jerantut.
Sehubungan itu, pelanggan dinasihat melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan, demikian menurut kenyataan tersebut.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Bernama
Sun Jan 17 2021

Pelanggan dinasihat melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan, demikian menurut kenyataan tersebut. - Gambar hiasan

Vaksin COVID-19 | Tidak salah kalau tidak suntik
Tiada kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang Dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Krisis COVID-19 | AirAsia teroka penghantaran guna dron
Teleport iaitu cabang logistik di bawah AirAsia Digital akan meneroka penggunaan dron untuk menghantar barang.

Politik | Ahli UMNO jangan hilang fokus
Ahli UMNO tidak harus hilang fokus ketika parti itu sedang berdepan kemelut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.

Serangan Letupan | 10 maut, dalam letupan di Mogadishu
10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam. Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.

Lawatan Asia Barat | PM, isteri tiba di Riyadh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Geologi | Lebih 50 tapak geologi akan dikaji di Lenggong
Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong, sekaligus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.

Lemas | Remaja dibawa arus masih belum ditemui
Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat. Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.

Teknologi VSAT | Bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

10 Berita Pilihan - (06 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

18 kes penyamaran pegawai LHDN dikesan, libatkan kerugian lebih RM600,000
Mangsa lazimnya mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran perbankan atau membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

Bicara Shahrir gagal isytihar RM1 juta kepada LHDN mula 1 April
Perbicaraan kes itu akan mendengar keterangan 19 saksi pendakwaan yang dijadual berlangsung selama 20 hari di hadapan Hakim Azura Alwi.

LHDN saman sekutu Jho Low tuntut bayar tunggakan cukai berjumlah RM68 juta
Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menfailkan saman terhadap Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) percuma - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN lanjut waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur sehingga 31 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan waktu operasi Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL) untuk memberi kemudahan kepada pembayar cukai melunaskan baki cukai tertunggak sehingga 31 Dis ini.

Pendengaran rayuan Najib, anak berhubung bayaran cukai kepada LHDN 16 Jun 2021
Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembayaran cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Jun tahun depan.

Pesawah rugi RM30,000 diperdaya sindiket Macau Scam
Seorang pesawah kerugian RM30,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan mangsa kononnya terlibat dalam penyelewengan wang dan sindiket dadah.

LHDN cawangan Labuan, Shah Alam ditutup mulai 26 Oktober untuk sanitasi
Pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian semasa tempoh berkenaan.