LIMBANG: Keadaan hujan lebat yang turun berkala di Limbang sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang, Kapten Sulaiman Salama berkata beberapa batang jalan juga terputus ekoran air mencecah dua kaki.
Berikutan itu, paras air di Kampung Bunga Raya naik setinggi 0.3 meter setakat 7.45 malam semalam.
Sementara di Kampung Bangkita, paras air berada pada paras 0.6 meter setakat jam 8.23 malam.
"Kita sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. Bagaiamanapun, banjir mulai surut sektar jam 11 malam dan keadaan sungai di kampung itu kembali pada paras selamat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Selain itu, Sulaiman berkata, setakat ini belum ada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) memandangkan banjir mulai surut.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat akan berlaku di beberapa kawasan di daerah itu.
Afiezul Samit
Wed Jan 19 2022

Setakat ini belum ada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) memandangkan banjir mulai surut.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Beberapa kampung di Limbang dilanda banjir kilat
Keadaan hujan lebat yang turun berkala di Limbang sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.