KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini mengumumkan beberapa lagi kawasan diarah menjalani PKP.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan pelaksanaan PKP yang akan bermula 10 Mei sehingga 23 Mei itu adalah disebabkan oleh peningkatan jangkitan kes COVID-19.

Berikut merupakan antara kawasan yang disenarai menjalani arahan PKP:

1) Daerah Kuantan, Pahang

Sehingga 7 Mei 2021, KKM melaporkan sebanyak 1,578 kes positif COVID-19 telah direkodkan di daerah Kuantan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti.

KKM turut mengesahkan terdapat peningkatan jumlah kes sporadik di daerah ini dengan jumlah kluster aktif yang direkodkan sehingga kini adalah sebanyak 10 kluster.

2) Beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang:-

Daerah
▪ Timur Laut
▪ Seberang Perai Tengah
▪ Seberang Perai Selatan


Mukim
▪ Mukim 12, Barat Daya
▪ Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara
▪ Mukim 14, Seberang Perai Utara

 
KKM melaporkan terdapat sebanyak 14 kluster aktif ketika ini dengan kadar insiden yang semakin meningkat di beberapa mukim dan daerah.

Dengan adanya pelaksanaan PKP di Daerah dan Mukim ini, pergerakan rentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan.

Begitu juga pergerakan antara tiga mukim yang dilaksanakan PKP turut tidak dibenarkan.

3. Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan, Perak

KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes yang amat ketara di Mukim Hulu Kinta apabila untuk minggu epid 17, 176 kes positif direkodkan daripada 1185 saringan dengan kadar positiviti 14.85 peratus.

4. Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang, Daerah Hulu Perak, Perak

KKM melaporkan terdapat peningkatan kes secara mendadak di dua buah institusi di Pengkalan Hulu dengan kadar positiviti yang tinggi.

Selain itu, terdapat beberapa kawasan di dua daerah di Pahang diarah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ismail Sabri memaklumkan, arahan itu akan mula berkuat kuasa pada 10 Mei sehingga 23 Mei depan.

Kawasan tersebut ialah:

1. Kg Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin, Pahang

KKM telah melaksanakan 221 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 11 orang didapati positif COVID-19, 22 negatif serta 188 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

2. Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin

KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh 2 minggu di kawasan ini apabila 13 kes positif telah direkodkan dikesan daripada 50 yang disaring