awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan dinaiki air di Klang

Bernama
Bernama
09/10/2018
15:16 MYT
Beberapa kawasan dinaiki air di Klang
Beberapa kawasan di Klang dekat sini dinaiki air sehingga kira-kira 0.5 meter. - Sumber foto: Pembaca Astro AWANI
Beberapa kawasan di Klang dekat sini dinaiki air sehingga kira-kira 0.5 meter berikutan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku petang tadi.
Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Selangor berkata kawasan yang dinaiki air adalah di Kampung Delek Kiri, Taman Bukit Kemuning dan Taman Melawis.
"Di Kampung Delek Kiri air naik kira-kira sehingga paras lutut berikutan hujan lebat sejak petang tadi, ia ditambah dengan kunci air di Kampung Sungai Sireh yang tidak dapat dibuka menyebabkan air melimpah ke jalan raya dan kediaman penduduk.
"Di Taman Bukit Kemuning pula air naik sehingga 0.2 meter selain fenomena air pasang besar yang menyebabkan paras air di Sungai Rasau meningkat dengan mendadak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Tambah jurucakap berkenaan, Taman Melawis pula dinaiki air mulai pukul empat petang berikutan hujan lebat dan peningkatan paras air Sungai Klang akibat fenomena berkenaan.
Bagaimanapum menurut jurucakap itu, tiada mangsa dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan pihak bertanggungjawab akan sentiasa memantau keadaan, arahan untuk berpindah akan dikeluarkan jika perlu.
Berdasarkan jadual pasang surut air bagi kawasan Pelabuhan Klang, paras air diramalkan akan berada pada paras tertinggi mulai pagi tadi sehingga Khamis ini dengan ketinggian mencecah 5.6 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#banjir
#hujan lebat
#Kampung Delek Kiri
#Klang
#Taman Bukit Kemuning
#Taman Melawis
#Unit Pengurusan Bencana Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan