SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang ditahan di Kuala Selangor pada Jumaat, direman tujuh hari untuk siasatan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.
Reman kedua-dua suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu bermula Sabtu bagi tindakan di bawah Akta Senjata 1960.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan reman terbabit.
"Pasangan itu direman tujuh hari dan siasatan masih dijalankan pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum itu, pasangan itu telah ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor, kira-kira jam 7.30 malam pada Jumaat.
Susulan itu, berpandukan maklumat pasangan berkenaan, polis menyerbu kediaman mereka di Kuala Selangor sebelum menemui sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz.
Melalui soal siasat, suspek mendakwa telah membeli senjata di Thailand sebelum diserahkan kepada seorang lelaki warga asing dipercayai rakyat Israel.
Pada Jumaat, Razarudin mendedahkan penahanan suspek lelaki dipercayai warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu.
Polis turut menemui enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru selain dua pasport iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Berdasarkan soal siasat yang dilakukan, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
Senjata api yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki dipercayai warga Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto PDRM
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Risikan, kesan pergerakan Israel di Malaysia perlu dipertingkat
Mapim menyeru pihak berkuasa meningkatkan risikan dan mengesan sebarang pergerakan operasi Israel terhadap Malaysia ekoran penahanan seorang warga Israel.
Bekal senjata kepada lelaki Israel, suami isteri direman seminggu
Pasangan suami isteri yang ditahan di Kuala Selangor pada Jumaat, direman tujuh hari untuk siasatan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.