awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di 998 kawasan terjejas kembali pulih sepenuhnya

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/10/2021
10:46 MYT
Bekalan air di 998 kawasan terjejas kembali pulih sepenuhnya
Menurut Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu, gangguan bekalan air itu telah pulih sepenuhnya selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dijalankan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejumlah 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang sebelum ini berdepan gangguan air kembali menerima bekalan air seperti biasa.
Menurut Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu, gangguan bekalan air itu telah pulih sepenuhnya selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dijalankan.
Air Selangor pada masa sama, berterima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.#AirSelangor #HentiTugas #1021SSP1 pic.twitter.com/d5cdKT4psn
— Air Selangor (@air_selangor) October 16, 2021
Dalam pada itu, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.
Orang ramai juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 dan jika ada sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web Air Selangor.
Gangguan bekalan air yang berlaku adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Kerja penukaran paip baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka mampu bertahan sehingga 30 tahun.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketahanan paip baharu itu mengambil kira teknologi moden digunakan pada masa kini.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#bekalan air
#loji rawatan air
#Air Selangor
#Petaling
#Gombak
#Kuala Lumpur
#gangguan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan