awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih

Bernama
Bernama
13/06/2024
01:45 MYT
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Syarikat Air Perlis sedaya upaya mengambil segala usaha agar dapat terus membekalkan air kepada pengguna seperti sedia kala. - Gambar hiasan
KANGAR: Bekalan air yang terjejas di kawasan Arau dan Kangar kembali pulih selepas Pam Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 4, Kampung Sena di Arau beroperasi seperti biasa.
Syarikat Air Perlis (SAP) menerusi makluman di laman Facebook rasminya malam tadi memaklumkan kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.
Menurut SAP, pengoperasian LRA secara maksimum itu memboleh para pengguna mula mendapat tekanan air yang lebih baik dan peningkatan kuantiti pembekalan air secara berperingkat.
"Pemulihan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza-beza bergantung kepada jarak dari KTA (tangki air) dan tekanan air di dalam sistem agihan.
"SAP sedaya upaya mengambil segala usaha agar dapat terus membekalkan air kepada pengguna seperti sedia kala," menurut makluman itu.
Semalam, Bernama melaporkan lebih 40,000 akaun pengguna air terjejas di dua kawasan terbabit selepas berlaku kerosakan Pam Air Bersih di LRA itu pada 11 Jun akibat gangguan elektrik terhadap suis utama pam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis Izizam Ibrahim berkata gangguan elektrik itu menyebabkan dua daripada tiga pam di situ terjejas mengakibatkan bekalan air terganggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#kerja baik pulih
#LRA Fasa 4 Kampung Sena
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan