awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
25/12/2019
01:39 MYT
Bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya
Air Selangor menyediakan bantuan lori tangki air susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih. --fotoBERNAMA/Fail
Bekalan air di kawasan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat yang terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih hampir pulih sepenuhnya, dengan pemulihan keseluruhan mencapai tahap 98.4 peratus pulih setakat 6 pagi tadi.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata berdasarkan bacaan semasa peratusan pemulihan, di Petaling menunjukkan tahap 97.3 peratus pulih, Hulu Langat 98.8 peratus, Sepang dan Putrajaya 99.1 peratus, dan di Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.
"Walaupun bekalan air semakin pulih di hampir semua kawasan, Air Selangor masih menggerakkan bantuan kecemasan seperti lori tangki, PKS (Pusat Khidmat Setempat) dan pili-pili awam sehingga keseluruhan kawasan pulih sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.
Menurutnya pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan itu, boleh merujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram atau layari laman sesawang di www.airselangor.com
Sabtu lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih, berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu membuang bahan sisa buangan haram di lurang pembentungan sekitar loji milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
Susulan penutupan itu 366 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah terjejas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Halem Mat Som
#air
#Air Selangor
#bekalan air
#henti tugas
#Kuala Langat
#kumbahan
#lori tangki
#LRA Sungai Semenyih
#lurang pembentungan
#pencemaran bau
#pengguna
#peratusan pemulihan
#pili awam
#Pusat Khidmat Setempat
#Putrajaya
#Semenyih
#Sepang
#sisa buangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan