awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
14/10/2016
07:31 MYT
Bekalan air di Kuala Lumpur pulih sepenuhnya
Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan, kini pulih sepenuhnya.
Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan ekoran penutupan Loji Rawatan Air Langat, kini pulih sepenuhnya.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) loji tersebut ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang pada Jumaat lepas.
Sementara itu, bekalan air di beberapa kawasan di Klang yang mengalami gangguan sementara berikutan paip pecah di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa, Setia Alam Selasa lepas telah pulih sepenuhnya.
"Kerja-kerja pembaikan selesai pada pukul 11.45 malam Rabu lalu," kata kenyataan itu.
Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar 'mySyabas' atau lawati www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air.
Syarikat itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna yang terlibat di atas kesabaran sepanjang tempoh kejadian yang di luar jangkaan itu. - Bernama
Topic Berkaitan
#Air Langat
#bekalan air
#Kuala Lumpur
#loji rawatan
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan