KUALA LUMPUR: Bekalan air di 41 kawasan di wilayah Klang dan Petaling dijangka pulih sepenuhnya pada 9 pagi esok, menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri.
Beliau berkata ini berikutan kerja-kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8, Shah Alam sedang dilaksanakan.
"Sehingga 6 petang tadi, pemulihan bekalan air di 41 kawasan terjejas telah mencapai 32 peratus dan tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Elina bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Air Selangor turut menyarankan agar pengguna menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bekalan air di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. - Gambar hiasan/ Bernama
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.