awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden helikopter: Mohammad Zullfika dipindahkan ke 96 HAT Lumut
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air mula disambung malam ini - Amirudin Shari

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2022
11:41 MYT
Bekalan air mula disambung malam ini - Amirudin Shari
Amirudin berkata ini adalah kejadian ketiga pencemaran di tempat sama minggu ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekalan air di 472 kawasan yang terjejas di Lembah Klang dijangka akan disalurkan berperingkat bermula malam ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Menerusi satu kenyataan di akaun Twitternya, Amiruddin memaklumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi disambung semula setakat jam 3.30 petang tadi.
"Loji telah mula beroperasi pada jam 3.30 petang tadi setelah 3 bacaan 0 Ton dicatat dan pencemaran berjaya diselesaikan.
"Air dijangka akan disalurkan berperingkat bermula malam ini. Ini adalah kejadian ketiga pencemaran di tempat sama minggu ini," katanya.
BACA: Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Cerita Sebalik Berita: Lembah Klang tiada air lagi
Makluman terkini - Loji telah mula beroperasi pada jam 3.30 petang tadi setelah 3 bacaan 0 Ton dicatat dan pencemaran berjaya diselesaikan. Air dijangka akan disalurkan berperingkat bermula malam ini. Ini adalah kejadian ketiga pencemaran di tempat sama minggu ini. https://t.co/0hTXeV69E8
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 3, 2022
Awal hari ini Air Selangor mengumumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan buat sementara waktu berikutan pencemaran bau.
Berikutan itu gangguan bekala air berlaku di Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Lembah Klang
#Air Selangor
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan