KUALA LUMPUR: Bekalan ayam bagi pasaran tempatan dijamin mencukupi dan tiada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan permit import (AP) bagi barangan berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata pihaknya kerap mengadakan sesi libat urus dengan penternak ayam di seluruh negara bagi memastikan bekalan ayam dalam negara mencukupi.
"Kenyataan yang dibuat oleh timbalan saya Datuk Rosol Wahid adalah sekiranya ada keperluan kerajaan perlu mengeluarkan AP untuk ayam diimport untuk menampung permintaan tempatan, tetapi buat masa ini ia tidak perlu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Riang Riuh Raya dan Malaysian Marketplace di sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin yang mempersoalkan tindakan kementeriannya yang mahu mengeluarkan AP ketika masih berbaki tiga minggu sebelum Aidilfitri.
Turut hadir Rosol, dan Penasihat Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Datuk Abdul Wahab Khalil.
BACA: Harga ayam naik: Dedak import mahal dikesan antara punca - KPDNHEP
Dalam pada itu Nanta turut menafikan pihaknya lambat dalam menangani isu kenaikan harga ayam.
Sebaliknya, beliau berkata mengambil langkah yang holistik dalam menyelesaikan masalah berkenaan agar semua pihak, bukan sahaja pengguna, malah peniaga dan penternak tidak terjejas.
"Kita perlu faham, peniaga ayam yang berniaga di pasar adalah peniaga kecil dan mereka membeli ayam dengan harga yang tinggi daripada pengedar atau penternak, oleh itu mereka perlu meningkatkan sedikit harga.
"Tetapi mulai esok, dengan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, harga ayam telah ditetapkan sebanyak RM7.90 sekilogram (kg), ia masih lagi di bawah RM8," katanya.
Mengulas mengenai Kempen Beli Barangan Malaysia, Nanta berkata pihaknya menyasarkan jumlah jualan pada tahun ini sebanyak RM120 bilion.
Beliau yakin angka berkenaan dapat dicapai berdasarkan prestasi pada tahun lepas yang mana jualan barangan buatan Malaysia direkodkan sebanyak RM130 bilion berbanding sasaran sebanyak RM 100 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Bekalan ayam bagi pasaran tempatan dijamin mencukupi dan tiada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan permit import bagi barangan berkenaan. - Foto BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.
Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.