KUALA LUMPUR: Bekalan ayam di Lembah Klang dilihat semakin pulih apabila peniaga di Pasar Borong Selangor kembali menerima bahan mentah itu.
Tinjauan Astro AWANI mendapati peniaga kembali berniaga seperti biasa sejak pagi ini dan tidak berlaku keadaan bersesak pembeli untuk membeli ayam.
Seorang peniaga, Khairul Mat Kamarudin, 32, berkata, dia lega kerana dapat berniaga seperti biasa setelah peniaga di pasar itu kembali menerima bekalan ayam.
"Alhamdulillah, sekarang bekalan pulih. Tidak seperti minggu-minggu lalu, bekalan amat perit dan getir.
"Baru minggu ini okay, sebelum ini bekalan tidak mencukupi. Kalau kita minta (dari pembekal) 2,000 ekor, kita cuma dapat 300 hingga 400 ekor sahaja, Sekarang kalau order 2,000 ekor, kita dapat 2,000 ekor juga," katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
BACA: Penternak ayam tidak nikmati subsidi mulai 1 Julai, bantuan terus kepada B40 - PM
BACA: Bekalan ayam stabil di seluruh negara, tiada kekurangan ketara - MAFI
Sementara itu, Nurul Shafieqkh Zamri, 26, berkata, ketika negara mendepani krisis bekalan itu dua minggu lepas, bekalan ayam habis seawal pukul 8 pagi.
"Tapi sekarang, pukul 3 petang pun masih ada lagi. Orang pun dah tak buat pembelian panik seperti sebelum ini sebab mereka tahu bekalan mencukupi," ujarnya.
Dalam pada itu, seorang lagi peniaga ayam yang dikenali sebagai Nurul Shazila Eliana, 32, berkata, sejak Ramadan lalu, bekalan agar terhad dan terpaksa dihadkan kepada pembeli.
"Sekarang keadaan dah kembali seperti sebelum ini, kalau nak katakan sepenuhnya belum lagi, tapi setakat ini bekalan okey," jelasnya.
Pun begitu, tinjauan mendapati harga ayam masih kekal pada RM11.40 sekilogram, sama seperti minggu lalu, walaupun bekalan itu sudah semakin pulih.
"Harga yang dibeli melebihi harga siling, jadi kami tiada pilihan lain. Harga kami jual pada harga RM11.40 seperti minggu lalu.
"Kami harga kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengurangkan harga ayam kerana ia memberi impak kepada pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas.
Umavathi Ramayah
Wed Jun 01 2022
(Dari kiri) Nurul Shafieqkh Zamri, Nurul Shazila Eliana dan Khairul Mat Kamarudin berkata, bekalan ayam semakin pulih. - Gambar Astro AWANI
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.
Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.
Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.