awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat

Bernama
Bernama
12/04/2023
10:06 MYT
FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
FAMA diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas. -Gambar fail/Pexels
PUTRAJAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata FAMA akan melihat dan mencuba mencari jalan untuk menampung kekurangan bekalan itu.
"Setakat ini saya tidak menerima laporan berapa tempat yang mengalami kekurangan bekalan ayam.
"Kekurangan sementara bekalan di sesuatu tempat menjelang musim perayaan kadang-kadang berlaku, tapi kementerian memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi terutama bagi lapan komoditi utama iaitu telur, ayam, daging, ikan, sayur, buah, beras dan susu segar," katanya.
Terdahulu, sebuah media melaporkan peniaga di Pasar Besar Klang khuatir bekalan ayam tidak mencukupi seminggu sebelum Aidilfitri di sebalik permintaan tinggi daripada pengguna.
Seorang peniaga berkata beliau telah menempah 100 ekor ayam daripada pembekal tetapi hanya menerima 80 ekor ayam.
Media tersebut melaporkan masalah bekalan ayam dijangka melanda utara tanah air menjelang Syawal ini ekoran isu kekurangan anak ayam yang dialami penternak terutama di Kedah.
Sementara itu, Presiden Kelab Tani KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd berkata sempena program hari ini, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini.
"Ini tahun kelima penganjuran program agihan bubur lambuk dan kita meneruskan tradisi memasak bubur sebanyak lima kawah untuk diagihkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#FAMA
#musim perayaan
#bekalan ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan