KUALA LUMPUR:Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) kini pada paras bawah zon selamat, khususnya bagi jumlah stok darah jenis A dan O yang rendah, kata Timbalan Pengarah 1 PDN Dr Tun Maizura Mohd Fathlullah.
Justeru, beliau merayu agar orang ramai khususnya penderma darah untuk tampil menderma darah mereka, bagi kegunaan golongan yang memerlukan selain mengelakkan bekalan darah turun ke paras kritikal.
Beliau menjelaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, penderma darah dibenarkan hadir untuk menderma.
"Pemohonan kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk PDN dan tabung darah menjalankan kempen derma darah serta membenarkan penderma hadir, telah diluluskan.
"Penderma perlu membawa buku derma darah atau salinan slip janji temu menderma sebagai bukti perjalanan di sekatan jalan raya (SJR), selain itu kami turut merayu agar polis (di SJR) memudahkan proses pergerakan penderma," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata sekiranya bekalan darah mencapai tahap kritikal, ia mampu bertahan untuk keperluan kurang lima hari, selain hanya mampu disalurkan bagi kegunaan kes-kes kecemasan sahaja.
Jelasnya, PDN memerlukan sekurang-kurangnya antara 500 hingga 600 bag kutipan darah sehari, untuk menampung kegunaan darah di hospital seperti kes pembedahan, kemalangan, ibu mengandung dan pesakit Talasemia.
Dr Tun Maizura berkata bekalan darah di pusat itu dan tabung darah di seluruh negara umumnya, menunjukkan trend penurunan sejak negara dilanda penularan COVID-19 dari tahun lepas, berikutan orang ramai khuatir dijangkiti wabak itu menerusi proses pendermaan darah selain banyak program derma darah secara bergerak, terpaksa dibatalkan.
Bagaimanapun, beliau berkata proses pendermaan darah ketika ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bagi menjamin kesihatan penderma dan petugas daripada dijangkiti wabak itu.
"Penderma darah tidak perlu khuatir kerana proses menderma darah dilakukan penuh teliti dan mengamalkan norma baharu, seperti merekod suhu badan, malah kita turut membuat deklarasi saringan COVID-19 bagi setiap penderma yang hadir," katanya.
Orang ramai dan penderma darah boleh menderma di PDN Jalan Tun Razak dan PDN Donation Suite, Midvalley Megamall di Kuala Lumpur, serta Suite Derma Darah Puspanitapuri, Putrajaya, selain lokasi kempen derma darah anjuran PDN dan tabung darah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi PDN atau www.pdn.gov.my.
BACA: Derma darah: Setiap titis amat bermakna
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP khususnya bagi Kuala Lumpur dan Selangor, penderma darah dibenarkan hadir untuk menderma. - Gambar/ Bernama

Elakkan makan, tidur berlebihan, terus aktif walau sudah berusia
Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rahsia mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengawal makanan dan elak dirinya menjadi terlalu gemuk. Ini diikuti terus bergerak dan aktif supaya otot-otot dan minda sentiasa digunakan.

AWANI Ringkas: PIBGN setuju sesi bersemuka sekolah ditangguhkan | PKP 2.0 beri kesan kepada peniaga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Resipi kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah
Sikap toleransi antara satu sama lainmemainkan peranan penting dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir bersama isteri.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Banjir Sarawak | Mangsa banjir di PPS berkurangan
Perkembangan banjir Sarawak. Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kekal dengan 1,870 mangsa membabitkan 504 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

COVID-19 | Virus Nipah ditangani selepas penemuan vaksin
Sementara itu, Dr Mahathir turut memberi contoh, penularan virus Nipah dapat ditangani dengan baik selepas penemuan vaksin dengan cepat.

Terbuka Australia: Tiga kes positif COVID-19 dikesan
Dua kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam penerbangan dari Los Angeles dan satu dari Abu Dhabi.

COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang lebih berkesan ketika ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pakar perubatan. Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.

PKP | Tun M akur duduk di rumah, jalankan aktiviti harian seperti biasa
Pada masa sama, Tun Dr Mahathir Mohamad jelaskan beliau sentiasa memastikan rutin hariannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Meskipun ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau akur duduk di rumah dan masih lagi menjalankan tugas harian seperti biasa.

Banjir Sarawak | Perkembangan banjir di Sarawak
Kita bersama Wakil Astro AWANI Sarawak Afiezul Samit yang sudah sedia dengan perkembangan di bumi kenyalang.

Bekalan darah di Pusat Darah Negara bawah zon selamat
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) kini pada paras bawah zon selamat, khususnya bagi jumlah stok darah jenis A dan O yang rendah, kata Timbalan Pengarah 1 PDN Dr Tun Maizura Mohd Fathlullah.

Orang ramai diseru derma darah
Bekalan darah di hospital itu semakin berkurangan susulan peningkatan kes virus COVID-19, selain kes ibu mengandung, bayi dan pesakit kritikal.

Stok bekalan darah negara mencukupi - Pengarah PDN
Perkhidmatan menderma darah masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hospital Melaka kekurangan darah kumpulan 'A'
Bekalan darah diperlukan bagi menampung permintaan yang meningkat bagi kegunaan pesakit-pesakit kronik.

Kementerian sasar peningkatan tiga peratus penderma darah
Kementerian akan memperkasakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai supaya tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi di seluruh negara.

Bekalan darah kritikal
Setakat ini di Kedah dan Perlis hanya berbaki 400 unit.

Hospital Melaka sasar 30,000 unit beg darah tahun ini
Kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan secara berterusan bukan sahaja bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.