awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik di pantai timur Sabah pulih berperingkat

Bernama
Bernama
14/09/2025
02:05 MYT
Bekalan elektrik di pantai timur Sabah pulih berperingkat
Semalam, beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5.05 petang. - Facebook Sabah Electricity Careline
TAWAU: Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah mula dipulihkan secara berperingkat sejak semalam.
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam hantaran di Facebook rasmi memaklumkan bekalan elektrik di Kunak dan beberapa kawasan di Lahad Datu telah dipulihkan.
Di Semporna, bekalan turut pulih melibatkan Stesen Pam Minyak Buraq Oil, Kampung Sri Melor dan kawasan sekitarnya, manakala di Tawau, kawasan yang pulih termasuk Jalan Kampung Tinagat, Kampung Batu Payung, QL Farm, Jalan Apas Parit, Sekolah Kebangsaan Batu Payung, Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar dan sekitarnya.
Semalam, beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5.05 petang.
SESB memaklumkan daerah yang terjejas termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna, Beluran dan Tawau.
Sementara itu, tinjauan Bernama pada 7 pagi ini mendapati sebahagian kawasan di Tawau masih mengalami gangguan bekalan melebihi 13 jam.
Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dalam hantaran Facebook rasminya turut memaklumkan beberapa kawasan di Sandakan berdepan gangguan elektrik yang berlarutan sehingga 13 jam.
"Belum terima maklum balas terkini daripada Sabah Electricity," katanya.
Tinjauan Bernama juga mendapati talian internet di kawasan terjejas turut mengalami gangguan dengan capaian menjadi lebih perlahan daripada biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#SESB
#Sabah
#talian internet terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan