awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru

Amirul Aiman
Amirul Aiman
23/03/2025
02:31 MYT
Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru
Pasukan teknikal TNB giat menjalankan kerja pembaikan infrastruktur elektrik di Johor Bahru bagi memastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya selepas kejadian banjir baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan bekalan elektrik di kawasan sekitar Johor Bahru, Johor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah pulih sepenuhnya, selepas usaha berterusan pasukan teknikal di lapangan.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, TNB merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas kerjasama dan kesabaran yang diberikan sepanjang tempoh pemulihan, serta menegaskan komitmennya terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti terjejas.
Menurut TNB, kerja pemulihan melibatkan pemeriksaan menyeluruh, pembersihan dan ujian ke atas infrastruktur elektrik yang rosak akibat banjir, bagi memastikan proses pemulihan dapat dilakukan secara selamat dan efisien.
TNB turut telah menyediakan penyelesaian alternatif termasuk bekalan kuasa sementara di lokasi-lokasi kritikal bagi memastikan perkhidmatan penting terus berjalan.
Sehingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 86 peratus kawasan terjejas telah mendapat bekalan semula, dan usaha berterusan dijalankan sehingga pemulihan penuh dicapai.
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor Bahru
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan