JOHOR BAHRU: Isu bekalan dan harga jualan minyak masak dijangka stabil selepas masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi pemain industri perladangan, dapat diselesaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pemain industri berkenaan mendakwa, kedua-dua isu itu berlaku disebabkan kekurangan tenaga kerja sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga.
Beliau berkata kementerian kini dalam peringkat akhir perbincangan mengenai isu itu dengan pemain industri tersebut dan mereka berharap perkara itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini Kabinet telah buat satu keputusan penting, iaitu kita sasarkan isu pekerja asing akan dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan, jadi mungkin pada akhir Mac ini kita akan dapat berikan jumlah pekerja asing mencukupi kepada semua sektor, khususnya pembinaan dan juga perladangan, itu kita utamakan.
"Hasil pertemuan dengan pihak perladangan iaitu pemain industri kelapa sawit, mereka bersedia untuk berbincang tentang harga, malah harga itu dapat distabilkan sekiranya mereka kembali dapat jumlah pekerja mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kaligrafi Sempena Tahun Baharu Cina di pusat beli belah Paradigm Mall di sini hari ini.
Mengenai kekurangan bekalan telur khususnya gred A, Salahuddin berkata pihaknya juga menjangkakan masalah tersebut akan kembali pulih dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
"Kita sudahpun mengadakan sesi libat urus bersama pembekal dan kita sedang berusaha untuk memastikan bekalan sedia ada mencukupi.
"Kita juga tiada sebarang keputusan ketetapan untuk menyekat eksport telur ke luar negara, kerana pengeluarannya ketika ini pada tahap 112 peratus. Memang ketika ini bekalan tempatan kurang tetapi hal itu akan selesai dalam beberapa bulan ini," katanya.
Berhubung isu pengusaha kantin sekolah yang menaikkan harga jualan secara mendadak, Ahli Parlimen Pulai itu berkata kerjasama masyarakat khususnya ibu bapa perlu dengan membuat aduan secara terus kepada kementerian, supaya tindakan segera dapat diambil.
"Mereka boleh buat aduan dengan memaklumkan lokasi dan sekolah mana, agar tindakan segera akan diambil secara satu persatu, pihak sekolah juga perlu ambil maklum berhubung perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Salahuddin berkata pemain industri berkenaan mendakwa, kedua-dua isu itu berlaku disebabkan kekurangan tenaga kerja sekali gus menyebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak
Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.
Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai
Isu bekalan dan harga jualan minyak masak dijangka stabil selepas masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi pemain industri perladangan, dapat diselesaikan.
Lesen akan ditarik, amaran Zuraida buat pengkhianat subsidi minyak masak
Penguatkuasaan akan dipertingkatkan untuk tangani krisis bekalan minyak masak subsidi.
Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP
Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan.
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP
KPDNHEP menjelaskan bermula November 2016, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).
Minyak masak: 26,857 premis diperiksa di seluruh negara - KPDNKK
Daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 30 kesalahan termasuk tujuh kes menyorok minyak masak.
FAMA sedia pasarkan minyak masak
FAMA sedia memasarkan minyak masak kepada pengguna melalui rangkaian peruncitannya di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan bekalan berterusan.