awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco

Bernama
Bernama
01/06/2024
12:46 MYT
Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco
Zahari berkata, setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima. - Bernama
JOHOR BAHRU: Bekalan lembu untuk keperluan sambutan Aidiladha di Johor berada ditahap mencukupi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Beliau berkata setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima.
"Tiada maklumat kekurangan (bekalan lembu) kita peroleh, ia cukup dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sentiasa memantau perkara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Asas Tani (IAT) anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall di sini hari ini.
Zahari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekalan lembu bagi sambutan Aidiladha di negeri ini.
Selain itu, menurutnya JPV sentiasa memantau pusat kebenaran sembelihan sementara sempena Aidiladha bagi memastikan ia memenuhi syarat yang ditetapkan sebelum diberikan permit.
"Syaratnya termasuk premis mestilah mempunyai bangunan dan infrastruktur yang ditetapkan seperti 'holding yard', tempat sembelihan, tempat melapah, sistem kumbahan selain mempunyai ruang eviserasi bagi urusan mengeluarkan isi perut dan organ dalaman.
"Tempat tersebut juga mestilah dibersihkan dan dibasmi kuman sebelum serta selepas aktiviti penyembelihan," katanya menambah permohonan permit itu telah dibuka pada 15-29 Mei lepas.
Zahari berkata sebanyak 205 pusat kebenaran sembelihan sementara mendapat kelulusan JPV bagi tujuan penyembelihan haiwan korban pada tahun lepas.
Terdahulu, seramai 80 usahawan menyertai Karnival Usahawan IAT yang berlangsung selama tiga hari hingga esok dengan 75 peratus pembayaran reruai ditaja kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan
#daging lembu
#Aidiladha
#Johor
#perayaan
#Datuk Zahari Sarip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan