awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan minyak masak akan kembali seperti biasa tidak lama lagi - KPDNKK

Bernama
Bernama
10/11/2016
07:49 MYT
Bekalan minyak masak akan kembali seperti biasa tidak lama lagi - KPDNKK
Mulai 1 Nov, KPDNKK mengumumkan harga bagi minyak masak di dalam botol kini dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh pengeluar. - Gambar fail
Bekalan minyak masak semakin pulih selepas mengalami kekurangan stok di pasaran berikutan penstrukturan semula subsidi.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Mohd Nawardi Saad menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli minyak masak lebih daripada yang diperlukan sehingga bekalan minyak masak pulih sepenuhnya.
"Sejak penstrukturan semula subsidi minyak masak, pengeluar berhenti mengeluarkan minyak masak untuk tempoh dua hingga tiga hari bagi menyesuaikan diri dengan penstrukturan semula, mengakibatkan kekurangan minyak masak buat sementara waktu," katanya pada sidang media selepas tinjauan jabatan itu terhadap bekalan minyak masak di sini, hari ini.
Mulai 1 Nov, KPDNKK mengumumkan harga bagi minyak masak di dalam botol kini dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh pengeluar manakala harga minyak masak peket satu kg, kekal pada RM2.50.
Mohd Nawardi juga berkata beliau akan memastikan seluruh kedai di negeri ini menerima bekalan minyak dalam masa terdekat berikutan terdapat sedikit kelewatan penghantaran bagi bekalan minyak.
"Saya turut menyeru kepada pembekal untuk menerima semua jenama minyak masak pada masa ini bagi mengelakkan sebarang kekurangan. Saya faham bahawa beberapa pembekal setia kepada satu jenama tetapi kami memerlukan kerjasama daripada mereka buat masa ini," katanya.
Sementara itu, Mohd Nawardi menggesa orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kedai-kedai menyembunyikan bekalan minyak masak.
Operasi untuk memeriksa bekalan minyak masak dijalankan di seluruh negeri sejak 1 Nov, dan kini, kira-kira 50 kedai dan pembekal mengatakan mereka telah diperiksa pihak KPDNKK. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kementerian perdagangan dalam negeri
#Koperasi dan Kepenggunaan
#KPDNKK
#minyak masak
#Mohd Nawardi Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan