PUTRAJAYA: Bekalan ternakan hidup seperti lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Aidiladha pada Khamis ini dijangka mencukupi dan memenuhi keperluan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
DVS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dianggarkan permintaan lembu dan kerbau adalah sebanyak 38,404 ekor manakala kambing dan bebiri sebanyak 20,420 ekor bagi tujuan korban tahun ini, setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan penyembelihan luar masjid atau surau.
Menurut statistik DVS, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mei 2023 adalah sebanyak 34,946 ekor, manakala bekalan lembu dan kerbau diimport sehingga April 2023 adalah sebanyak 4,911 ekor dengan jumlah keseluruhan bekalan sebanyak 39,857 ekor.
Bagi kambing dan bebiri, bekalan tempatan sehingga Mei 2023 adalah 25,821 ekor manakala bekalan kambing dan bebiri diimport sehingga April 2023 adalah sebanyak 4,167 ekor dan jumlah keseluruhan bekalan bagi tujuan korban adalah 29,988 ekor," menurut jabatan itu.
"Berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada perangkaan DVS, jumlahnya dijangka mencukupi untuk menampung permintaan sembelihan korban tahun ini," menurut DVS.
Sebanyak 27 buah rumah sembelih ruminan milik DVS di seluruh Semenanjung Malaysia sentiasa bersedia untuk operasi dan DVS juga telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelih swasta di Semenanjung Malaysia yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
DVS menganggarkan permintaan lembu dan kerbau adalah sebanyak 38,404 ekor manakala kambing dan bebiri sebanyak 20,420 ekor bagi tujuan korban tahun ini. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
'Simple macam ni lagi okey' - Netizen komen penampilan Aina Abdul sambut Aidiladha
Aina memilih penampilan biasa iaitu jubah dan tudung berwarna hitam.
Tindakan bakar al-Quran di Sweden singgung perasaan 2 bilion umat Islam - Liga Arab
Menteri-menteri luar Majlis Liga Arab mengutuk sekeras-kerasnya jenayah kejam pembakaran naskhah Al-Quran di Stockholm, Sweden.
'Mustahil kembali ke Syria, mahu bina kehidupan lebih baik' - Pelarian
"Saya fikir mustahil untuk pulang ke kampung saya di al-Qusayr, Syria. Saya berharap dapat ke negara lain untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik terutama demi masa depan anak-anak."
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar al-Quran
Malaysia menyeru kerajaan Sweden untuk menghentikan memberi kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, pada Rabu.
Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Tindakan tidak hormat, merosakkan al-Quran adalah jenayah di Rusia - Putin
Presiden Vladimir Putin menegaskan kitab itu adalah kitab suci buat umat Islam dan harus dianggap suci oleh semua.
Sultan Johor kurnia 100 lembu sempena Aidiladha
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha hari ini.
Kedutaan Malaysia agih daging korban di Jakarta sempena Aidiladha
Kedutaan Besar Malaysia hari ini menganjurkan majlis korban dengan tema, 'Berkongsi Keberkatan' dan mengagihkan daging sempena Hari Raya Aidiladha.