awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Teratai dihalang hadiri konvensyen DAP Selangor

Bernama
Bernama
15/12/2013
23:17 MYT
Bekas ADUN Teratai dihalang hadiri konvensyen DAP Selangor
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Teratai Janice Lee Ying Ha membidas DAP Selangor yang menghalangnya daripada menghadiri konvensyen ke-17 parti itu, Isnin, sebagai pemerhati.
Bekas setiausaha publisiti DAP negeri itu memberitahu pemberita, beliau telah memohon untuk menghadiri konvensyen parti sebagai pemerhati kira-kira lima minggu lepas, namun tidak mendapat sebarang jawapan.
"Tak masuk akal langsung untuk menghalang saya sedangkan pemberita dibenarkan masuk ke dewan konvensyen.
"Saya boleh faham sekiranya tidak cukup ruang tetapi dewan tampak kosong dan terdapat banyak kerusi kosong," katanya dan menurutnya DAP turut mengeluarkan namanya daripada senarai kehadiran pada konvensyen itu.
Lee, yang tiba di dewan konvensyen pada kira-kira 9 pagi, meninggalkan tempat itu pada tengah hari selepas tidak dibenarkan masuk.
Sementara itu, Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo, semasa mengulas perkara itu, mengesahkan Lee telah dipecat dari parti dan pegawai bertugas di dewan itu telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul apabila tidak membenarkannya menghadiri konvensyen.
Beliau berkata hanya anggota DAP, perwakilan dan tetamu jemputan boleh menghadiri konvensyen itu sebagai pemerhati.
"CEC (jawatankuasa eksekutif pusat) memutuskan pada 18 Nov bahawa beliau (Lee) bukan lagi anggota parti," katanya kepada pemberita.
Katanya Lee telah memohon injunksi sementara untuk mengekalkan keanggotaannya dalam parti tetapi permohonan itu ditolak mahkamah pada Rabu lepas.
Konvensyen DAP itu turut meluluskan usul untuk meminta Pendaftar Pertubuhan membatalkan arahannya yang melarang anggota CEC parti yang baharu dilantik daripada membuat sebarang keputusan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#DUN
#janice lee ying ha
#konvensyen
#Selangor
#teratai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan