Seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk di Johor di tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat SPRM Putrajaya, hari ini
Menurut sumber, penahanan itu dikatakan berhubung dua kes suapan wang dan sebidang tanah bernilai kira-kira RM230,000.
Kata sumber tersebut, lelaki yang berusia 56 tahun tersebut yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditahan pada pukul 12.40 tengahari dan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok.
"Difahamkan, bekas Ahli Parlimen itu telah menggunakan jawatannya semasa menjawat jawatan itu dengan mengambil tindakan mengesyorkan dan meluluskan perlantikan sebuah syarikat pencetakan.
"Yang mana disyaki beliau mempunyai kepentingan bagi kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA daripada tahun 2012 hingga 2015 yang dianggarkan bernilai lebih RM13 juta.
"Sebagai balasan, pada tahun 2013, beliau telah menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 pada dan pada 2014, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, Johor bernilai kira-kira RM180,000," kata sumber dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan beliau akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Siti Nur Aqilla Omar
Sat Feb 09 2019
Menurut sumber, penahanan itu dikatakan berhubung dua kes suapan wang dan sebidang tanah bernilai kira-kira RM230,000. - Gambar fail
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Pengarah syarikat badan berkanun disiasat atas tuduhan gangguan seksual
Individu tersebut didakwa melakukankan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini.
Bekas Ahli Parlimen Johor ditahan SPRM
Seorang bekas Ahli Parlimen bergelar Datuk di Johor di tahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat SPRM Putrajaya, hari ini