awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia

Bernama
Bernama
08/08/2025
08:20 MYT
Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam meninggal dunia
Jenazah Allahyarham diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.
SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Mat Yasir Ikhsan, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 3 pagi tadi akibat sakit tua.
Perkara itu disahkan anak lelakinya, Azwan Mat Yasir, 45, menerusi hantaran di laman Facebook.
Beliau memaklumkan jenazah bapanya akan diurus dan disolatkan di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, selepas solat asar.
"Mohon doa dari jiran dan sahabat untuk arwah. Semoga perjalanannya ke alam barzakh diberkati," katanya menerusi hantaran itu.
Mat Yasir merupakan bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar antara 1999 hingga 2004 serta Parlimen Sabak Bernam pada 2004 hingga 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Ahli Parlimen
#Sabak Bernam
#meninggal dunia
#Mat Yasir Ikhsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan