Bekas Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Beliau yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.32 pagi di Institut Jantung Negara.
Menurut anaknya, Nazri Ahmad Lai, jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Miri pada jam 2.20 petang ini dan diuruskan di Masjid Kampung Luak.
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Baluboh di sini.
Ahmad Lai mula menjadi Ahli Parlimen pada 2008 setelah menewaskan Dr Michael Teo Yu Keng daripada Parti Keadilan Rakyat di kerusi baharu Sibuti dengan majoriti 3,648 undi.
Beliau mengundurkan diri pada Pilihan Raya Umum 2018 atas masalah kesihatan, dan memberi laluan kepada anak didiknya, Lukanisman Awang Sauni untuk bertanding di kerusi tersebut.
Sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen, Ahmad Lai merupakan seorang usahawan dan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.
Rudi Affendi Khalik
Fri Aug 09 2019
Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Baluboh, Miri.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bekas Ahli Parlimen Sibuti meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai Bujang meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi tadi.