awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas atlet tukul besi Semret Singh meninggal dunia

Bernama
Bernama
15/02/2022
10:49 MYT
Bekas atlet tukul besi Semret Singh meninggal dunia
Semret meninggalkan isterinya Gurdip Kaur, 61, dan tiga lagi anak lelaki.
KUALA LUMPUR: Bekas atlet baling tukul besi negara Semret Singh meninggal dunia pada usia 66 tahun pagi tadi.
Anak keduanya Amarraj Singh, 35, berkata mendiang bapanya meninggal dunia pada 9.30 pagi di rumahnya di Sungai Buloh.
Semret meninggalkan isterinya Gurdip Kaur, 61, dan tiga lagi anak lelaki.
"Kami (keluarga) terkejut dengan pemergiannya yang tiba-tiba itu kerana beliau benar-benar cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Amarraj, berkata jasad mendiang bapanya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat yang dijangka selesai dalam masa dua hari.
Amarraj yang memiliki firma keselamatan berkata sebaik sahaja proses bedah siasat selesai, jasad bapanya yang juga juara dua kali Sukan SEA, akan dibawa ke Loke Yew Crematorium di sini untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.
"Kami tidak pasti bila jasad akan dibawa ke Loke Yew Crematorium. Semuanya bergantung kepada proses bedah siasat. Saya akan maklumkan tarikhnya kemudian," katanya dan menambah bapanya yang mula menjadi jurulatih pada 1990-an adalah seorang yang sangat bermotivasi dan yakin.
"Beliau adalah inspirasi kepada saya dan seseorang yang patut disanjung khususnya dalam arena suka. Beliau sememangnya bapa yang hebat dan kami amat merinduinya," katanya.
Selain memenangi pingat emas dua kali pada Sukan SEA edisi 1989 di Kuala Lumpur dan 1985 (Bangkok), Semret juga merangkul tiga pingat perak pada edisi 1981 di Manila, diikuti 1983 (Singapura) dan 1987 (Jakarta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Semret Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan