awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan

Bernama
Bernama
14/02/2025
14:00 MYT
Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan
Ahmad Adnan (tiga kanan) bersama pegawainya menunjukkan wayar tembaga yang dirampas pada sidang media di IPD Teluk Intan hari ini. - Gambar Bernama
TELUK INTAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan enam kegiatan mencuri kabel pencawang telekomunikasi sekitar daerah Teluk Intan sejak Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata suspek berusia 35 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta Proton Gen2 di Taman Industri Anson kira-kira 2.30 petang Isnin lepas.
"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan beberapa barangan, antaranya alat pemotong wayar, mesin pencanai, pemutar skru serta peralatan lain untuk mencuri kabel selain lima beg berisi wayar tembaga.
"Suspek yang merupakan bekas juruteknik pencawang syarikat telekomunikasi baharu sahaja keluar dari penjara Disember tahun lepas berkaitan kes kecurian kabel di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Beliau berkata suspek mengaku terlibat dengan kes kecurian kabel melibatkan pencawang telekomunikasi pelbagai rangkaian dengan nilai kerugian dianggarkan melebihi RM60,000.
Ahmad Adnan berkata modus operandi suspek ialah mencuri kabel secara berseorangan dan mengambil swafoto di setiap kawasan kabel pencawang telekomunikasi yang dicurinya untuk simpanan peribadinya, selain menjual kabel itu di kedai barangan lusuh di sekitar Teluk Intan.
"Suspek yang didapati positif methamphetamine direman selama seminggu sejak Selasa lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun kerana dipercayai terlibat dengan dua kes samun barangan kemas membabitkan dua wanita di sekitar daerah berkenaan.
"Suspek ditahan di tepi Jalan Sungai Manik di sini kira-kira 10 malam pada 5 Feb lepas.
"Selain itu suspek juga mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes kecurian kabel dan dadah serta telah direman sejak 6 Feb sehingga kini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#samun
#rekod lampau
#lelaki tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan