KUALA LUMPUR: Bekas calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat serta menghantar video jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menerusi aplikasi TikTok dan YouTube.
Jufazli Shi Ahmad, 33, selaku orang kena saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
Dia didakwa memuat naik video bertajuk 'Pak Mail dan UMNO naikkan harga barang sangat mahal pada 1 Julai 2022' dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi TikTok@King Maker pada 3 petang 23 Jun 2022.
Lelaki itu juga didakwa memuat naik video bersifat jelik di YouTube King Maker Politik bertajuk 'Panas!! Supermodel Kantoi Merompak RM77.3 bilion' pada 3 petang 27 Jun 2022.
Kedua-dua pautan video itu dilihat dan dibaca pada 3 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 24 Jun dan 1 Julai lepas.
Jufazli didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau atau kedua-duanya selain denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Dia juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan gagal memberi kata laluan laman profil aplikasi YouTube dan TikTok @King Maker yang disimpan dalam telefon bimbit kepada dua pegawai polis di IPD Dang Wangi pada 3 petang 5 Julai lepas.
Bagi pertuduhan ini, Jufazli didakwa mengikut Seksyen 249 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling, yang dibantu oleh Nadia Mohd Izhar, menawarkan jaminan RM40,000 bagi keempat-empat pertuduhan serta memohon mahkamah mengeluarkan perintah melarang OKS membuat sebarang penghantaran jelik dan palsu di mana-mana platfom komunikasi sehingga kes selesai.
Peguam Rajsurian Pillai pula merayu jumlah jaminan dikurangkan kepada RM10,000 atas alasan Jufazli tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mahkamah membenarkan Jufazli diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan serta melarangnya membuat apa-apa kenyataan berkaitan kes itu sehingga ia selesai.
Nor Hasniah menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Jufazli Shi Ahmad, 33, selaku orang kena saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas calon bebas PRU14 Sabah didakwa buat, hantar video jelik PM dan UMNO
Bekas calon Bebas bagi kerusi DUN Tanjong Papat, Sabah pada PRU14 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat serta menghantar video jelik terhadap PM dan UMNO.