KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Yusli Mohamed Yusoff, meninggal dunia tengah hari ini pada usia 63 tahun selepas berjuang melawan barah.
Allahyarham memegang jawatan penting itu bagi tempoh 10 April, 2004 hingga 31 Mac, 2011 di Bursa yang sebelum ini dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur.
Selain itu, Allahyarham juga menyandang jawatan termasuk pengerusi Mudajaya Group Bhd, timbalan pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) dan presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG).
Yusli juga pernah dilantik sebagai pengarah AirAsia X Bhd, Westports Holdings Bhd dan KPJ Healthcare Bhd.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Mohd Nazrul Izam Mansor berkata seluruh warga kerja FGV mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut beliau, Yusli dilantik menganggotai Lembaga Pengarah FGV pada 6 Sept, 2018 dan disusuli dengan pelantikan sebagai timbalan pengerusi pada 2 Mac, 2020.
"Allahyarham merupakan seorang insan yang baik dan dihormati oleh kalangan sahabatnya. Sebagai ahli Lembaga Pengarah, Allahyarham memberi sumbangan bermakna terhadap pelan pemulihan FGV.
"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar untuk kumpulan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Yusli Mohamed Yusoff, meninggal dunia tengah hari ini pada usia 63 tahun selepas berjuang melawan barah. - Gambar fail/BERNAMA
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Bekas CEO Bursa Malaysia Yusli Mohamed Yusoff meninggal dunia
Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Yusli Mohamed Yusoff, meninggal dunia tengah hari ini pada usia 63 tahun selepas berjuang melawan barah.