awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas COO Seda mengaku tidak bersalah terima suapan RM294,000

Fareez Azman
Fareez Azman
02/08/2022
10:50 MYT
Bekas COO Seda mengaku tidak bersalah terima suapan RM294,000
Tertuduh, Ali Askar Sher Mohamed, 65,membuat pengakuan itu selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rasyihah Ghazali, hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan menerima suapan RM294,000 antara tahun 2015 dan 2016 lalu.
Tertuduh, Ali Askar Sher Mohamed, 65, membuat pengakuan itu selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rasyihah Ghazali, hari ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima wang tunai daripada Pengarah Green & Smart Sdn Bhd, B Navindran yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya antara 15 September 2015 sehingga 9 Mac 2016.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan selepas mempertimbangkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atiqah Mohamad Alias.
Ia susulan tertuduh telah diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa membayar ikat jamin RM40,000, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM70,000 daripada individu sama pada 11 Disember 2015.
Hakim turut membenarkan keenam-enam pertuduhan dibicarakan bersama satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Bekas COO Seda
#kes rasuah
#Mahkamah Shah Alam
#Ali Askar Sher Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan