awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas eksekutif akaun pelanggan dipenjara dan didenda

Bernama
Bernama
28/02/2013
09:04 MYT
Bekas eksekutif akaun pelanggan dipenjara dan didenda
Bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan kepada Penolong Pengurus Perolehan, Telekom Malaysia Berhad. Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut ke atas Radziah Ani, 51, mengikut Seksyen 10(a)(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Rozilah turut mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM12,000 kepada RM15,000 dengan dua penjamin. Beliau turut membenarkan tertuduh menjelaskan denda tersebut sehingga 8 Mac ini dan turut menetapkan hari yang sama sebagai tarikh sebutan. Dalam penghakimannya, Rozilah berkata mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan hanya bersifat penafian semata-mata, tidak konsisten dan tidak munasabah. Seramai sembilan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan itu. Radziah didakwa memberikan suapan dalam bentuk cek milik syarikat telekomunikasi antarabangsa berkenaan kepada Mohd Asri Idris, 42, bagi mendapatkan tender, "for the supply of Widerband Code Division Multiple Access (WDCMA) Mobile Communication System and the Provision of Works phase II". Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Hotel Shangri-La, Jalan Sultan Ismail antara 1 tengah hari hingga 2.30 petang pada 17 Feb 2006. Pendakwaan dialkukan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulqarnain Hassan manakala peguam Datuk Seri Muhammad Shafee mewakili tertuduh.
Topic Berkaitan
#000
#Alcatel Network Systems (M) Sdn Bhd
#didenda
#dipenjara
#Rasuah
#RM125
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan