NATIONAL
Bekas Gabenor Bank Negara disoal siasat SPRM

Tan Sri Muhammad Ibrahim adalah bekas Gabenor BNM dan telah meletak jawatan dalam bulan Jun 2018. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim berhubung kes pembelian tanah berharga RM2 bilion.
Menurut akhbar The Star hari ini, Muhammad telah berjumpa dengan pihak SPRM 'beberapa kali' berkenaan dengan pembelian tanah itu, yang dinamakan sebagai 'Lot 41'.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa pembelian tanah tersebut adalah untuk membayar hutang 1MDB.
Akhbar The Star juga melaporkan, terdapat beberapa pegawai BNM berasingan, termasuk seorang Penolong Gabenor dan seorang bekas Penolong Gabenor, juga disoal oleh SPRM berkaitan kes serupa.
Hartanah Mampan Sdn Bhd - syarikat tujuan khas ('Special Purpose Vehicle' atau 'SPV') Kementerian Kewangan - yang menjual tanah itu kepada BNM, diperbadankan pada 19 Oktober 2017.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah merupakan salah seorang daripada empat pengarah SPV itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami