awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia

Bernama
Bernama
17/09/2024
09:51 MYT
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 1.55 pagi akibat kegagalan pelbagai organ.
JOHOR BAHRU: Bekas Gabenor Bank Negara kelima Tan Sri Ahmad Mohd Don, 77, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jalan Tengah, Stulang Bahru di sini awal pagi tadi.
Isterinya, Puan Sri Hamidah Mohamed, 57, berkata Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 1.55 pagi akibat kegagalan pelbagai organ.
Beliau berkata jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Darussalam di Kampung Stulang Bahru pada 9 pagi.
"Allahyarham pergi menghadap ilahi dengan mudah dan ahli keluarga ada bersamanya.
"Proses pengurusan jenazah juga berjalan lancar dan Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Sungai Danga sekitar jam 11 pagi tadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hamidah, yang menyifatkan Ahmad sebagai seorang suami penyayang, berkata Allahyarham sebelum ini turut mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana menghidap paru-paru berair pada tahun lepas.
Ahmad, yang mempunyai tujuh anak, dilantik sebagai Gabenor Bank Negara dari Mei 1994 hingga Ogos 1998 menggantikan Tan Sri Jaffar Hussein.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan perbankan serta pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Maybank dari 1991 hingga 1994 selain menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Alliance Bank Malaysia Bhd sejak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Gabenor Bank Negara
#Tan Sri Ahmad Mohd Don
#meninggal dunia
#sakit jantung
#kencing manis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan