awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru besar mengaku tidak bersalah seleweng dana MyKasih

Bernama
Bernama
11/09/2025
11:24 MYT
Bekas guru besar mengaku tidak bersalah seleweng dana MyKasih
Nor Aidah Baba, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan dana sumbangan lebih RM16,000 antara 2020 dan 2021.
Nor Aidah Baba, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan, Nor Aidah yang semasa kejadian merupakan guru besar sebuah sekolah rendah di Pulau Carey, Kuala Langat telah pecah amanah wang sumbangan My Kasih Foundation bernilai keseluruhan RM16,525.45 dengan menjadikan harta itu bagi kegunaannya sendiri.
Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat di sekolah tersebut pada 3 Dis 2020 dan di hadapan sebuah cawangan bank di Telok Panglima Garang pada 11 Jan 2021.
Pendakwaan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmaa' Zamri manakala Nor Aidah diwakili peguam Nur Fadhilah Zainuddin.
Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di Pejabat SPRM Selangor dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Okt depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#mykasih
#pecah amanah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan