awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua Polis Perak Osman Salleh meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/11/2021
11:23 MYT
Bekas Ketua Polis Perak Osman Salleh meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 12.51 tengah hari tadi. - Foto: Facebook Polis Perak
SEREMBAN: Bekas Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 12.51 tengah hari tadi.
Perkara itu dimaklumkan anaknya Dr Mohd Hafiz Osman menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.
"Innalillahi wainna ilaihirojiun, dukacita dimaklumkan ayahanda saya, Osman Salleh telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12.51 tengah hari tadi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Mohon sama-sama doakan Allah memberi keampunan dan rahmat kepada arwah abah saya," menurut catatan berkenaan.
Difahamkan Allahyarham yang juga pernah menjawat jawatan ketua polis Negeri Sembilan itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah susulan COVID-19 selepas enam hari dimasukkan ke HTJ.
Menurut Mohd Hafiz jenazah Allahyarham yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bekas Pegawai Kanan Polis (Respa) Negeri Sembilan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Ainsdale, Labu di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Allahyarham pernah berkhidmat selama tujuh tahun di Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Perak ke-27 pada 16 Dis 2014 dan bersara wajib pada 13 Feb 2016.
Allahyarham yang berasal dari Seremban, mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 40 tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas ketua polis Perak
#osman salleh
#meninggal dunia
#HTJ
#COVID-19
#Dr Mohd Hafiz Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan