SHAH ALAM: Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad menafikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana di Putrajaya yang disifatkan sebagai satu pembaziran.
Beliau berkata, pembaikan berkenaan dilakukan adalah disebabkan masalah kebocoran di beberapa bahagian utama bangunan yang melibatkan kerosakan di bumbung, siling, dinding dan lantai.
“Saya diberitahu peralatan dapur juga tidak boleh digunakan di samping masalah pendawaian yang telah usang dan perlu diganti baharu.
“Sebelum ini, Seri Perdana telah diubah suai sebelum ini menyebabkan keadaannya yang asal telah berubah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Pada Ahad, Anwar mendakwa Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri telah memberikan keutamaan kepada perkara yang salah.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, antara tindakan yang diambil oleh Muhyiddin adalah membaiki Kompleks Seri Perdana, walaupun kediaman rasmi Perdana Menteri itu didakwa masih dalam keadaan cantik.
Mengulas lanjut, ujar Marzuki, kebanyakan perabot dilaporkan tidak ada dalam kediaman tersebut, susulan permohonan bekas Perdana Menteri ke-enam, Datuk Seri Najib Razak mahu mengeluarkan sebahagian besar perkakas rumah yang dikatakan milik peribadi beliau.
Katanya, ia secara tidak langsung menyebabkan berlakunya kelemahan dalam sistem inventori yang menyebabkan pegawai tidak dapat memastikan sama ada perabot di Seri Perdana milik kerajaan atau Najib.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 30 2023
Marzuki berkata, pembaikan berkenaan dilakukan adalah disebabkan masalah kebocoran di beberapa bahagian utama bangunan. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin pertahan tindakan ubah suai Seri Perdana
Marzuki berkata, pembaikan berkenaan dilakukan adalah disebabkan masalah kebocoran di beberapa bahagian utama bangunan.