awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas lombong bauksit: Kenal pasti lokasi takungan air berisiko - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
05/02/2017
22:29 MYT
Bekas lombong bauksit: Kenal pasti lokasi takungan air berisiko - Wan Junaidi
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Pahang perlu bekerjasama untuk mengadakan kajian secara menyeluruh supaya pagar dibina jika ada aktiviti perlombongan pada masa depan. - Gambar fail
Jabatan Mineral dan Geosains Pahang diarah mengenal pasti semua lokasi yang boleh menjadi tempat takungan air akibat aktiviti perlombongan bauksit.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah itu penting untuk menghindarkan kawasan takungan air tersebut menjadi masalah kepada penduduk setempat.
Katanya takungan air yang menjadi telaga atau kolam akibat aktiviti perlombongan bauksit itu seharusnya ditimbus semula.
"Jika tanah itu milik kerajaan kita boleh buat sendiri. Tetapi yang menjadi halangan kepada kita ialah jika tanah itu milik syarikat atau individu...jika salah masuk, kita pula dilapor kepada polis," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Ahad ketika diminta mengulas insiden tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang mati lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit di Kuantan, Pahang pada hari sebelumnya.
Terdahulu beliau melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu di Bilik Latihan Majlis Daerah Lundu.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Pahang perlu bekerjasama untuk mengadakan kajian secara menyeluruh supaya pagar dibina jika ada aktiviti perlombongan pada masa depan.
"Ini supaya kawasan tersebut tidak dimasuki penduduk setempat. Bagi penduduk, mereka juga mereka perlu menasihati anak-anak tidak pergi ke lokasi berbahaya," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bauksit
#Kuantan
#lemas
#Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan