awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Panglima Angkatan Tentera ke-8 meninggal dunia

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
07/07/2021
15:37 MYT
Bekas Panglima Angkatan Tentera ke-8 meninggal dunia
Allahyarham dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera kelapan dari tahun 1985 hingga 1987. - Gambar/ Facebook Angkatan Tentera Malaysia
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat meninggal dunia pada usia 90 tahun di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, petang Rabu.
Berita pemergiannya itu dimaklumkan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi satu kenyataan malam ini.
"Jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan dengan pematuhan ketetapan SOP PKP terkini, pada pagi esok (Khamis) 8 Julai 2021.
"Allahyarham akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Taman Perumahan AU untuk dikebumikan setelah selesai solat jenazah di masjid berkenaan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pada masa sama turut menzahirkan rasa dukacita seluruh warga ATM di atas pemergian Allahyarham dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya, menurut kenyataan itu.
Allahyarham pernah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat bagi tempoh setahun dari 1984 hingga tahun 1985, sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera kelapan dari tahun 1985 hingga 1987.
Setelah bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat di bawah Kementerian Pertahanan.
Topic Berkaitan
#Bekas Panglima Angkatan Tentera
#Jeneral B Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat
#Markas Angkatan Tentera Malaysia
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan