awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai kanan bahagian JPM direman lima hari

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2018
03:00 MYT
Bekas pegawai kanan bahagian JPM direman lima hari
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari. - Foto Sinar Harian
Bekas ketua pengarah agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar 'Datuk' direman lima hari bermula hari ini.
Ia berhubung kes menyalah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi tujuan peribadi.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM, dengan tangan bergari, tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9 pagi, diiringi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada Selasa, wanita itu ditahan pada jam 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Pada hari sama, seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar 'Datuk' dan enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di JPM, direman lima hari, juga bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14.
BACA: SPRM tahan bekas pegawai kanan bahagian JPM
BACA: Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari
Sebelum ini, suspek wanita tersebut mencetuskan kontroversi apabila dikatakan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel, meminta Amerika Syarikat menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Topic Berkaitan
#agensi perisikan
#Jabatan Perdana Menteri
#Ketua Pengarah
#lokap
#Mahkamah Majistret
#PRU14
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#salah guna
#SPRM
#wang kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan